Utama

Saturday, November 13, 2010

Erti Sabar


Apabila kita ditimpa musibah, kita sering mendengar orang selalu berkata “Sabarlah, ini adalah ujian daripada Allah”. Realitinya, adakah kita bersabar setelah melalui peristiwa ditimpa musibah itu? Benar kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya orang yang terkena musibah, dia sahaja yang tahu betapa peritnya hendak ditelan.
Adakah kita bersedia untuk menerima ujian yang berat, seperti kehilangan orang tersayang? Atau menerima berita bahawa kita ditimpa penyakit yang amat kritikal dan sukar untuk sembuh,ditimpa bencana seperti terlibat di dalam kemalangan ngeri sehingga kehilangan anggota? Sudah tentu pada ketika itu, kita bersedih dan bersedih sehingga terlupa untuk menghayati apa ertinya kesabaran ini. Biar berat mana sekalipun ujian yang Allah swt turunkan kepada kita perlu menghadapinya. Persoalannya bagaimana?

Pertama
, kita perlu mengucapkan “Innalillahi wainna ilaihiro ji’un (Surah Al-Baqarah: 156)
Kedua, berbaik sangka dengan Allah swt
Ketiga, kita anggap musibah itu adalah hadiah yang terbaik dan ada mata ganjaran kelak sama ada di dunia atau di akhirat
Keempat, tahu dan mengerti  tujuan dan fitrah kejadian manusia – semua makhluk adalah fana
Kelima, Komunikasi dengan Allah – mohon supaya dikurniakan darjah kesabaran yang tinggi dengan meredhakan setiap apa yang berlaku.
Pokok pangkalnya adalah jiwa kita perlu sentiasa redha dengan setiap yang berlaku itulah yang dapat mendidik kesabaran kita.
~Wallahu’alam~


No comments:

Post a Comment