Utama

Sunday, November 14, 2010

Ikhlaskah Syukur Kita?

Adakalanya apabila kita mendapat sesuatu kejayaan lebih-lebih lagi apabila kejayaan yang kita perolehi itu sememangnya kejayaan yang kita nanti-nantikan setelah sekian lama kita usahakan, kita merasa amat berbangga. Kita berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan, kita berjaya dinaikkan pangkat, kita berjaya menawan hati seseorang yang kita cintai, kita berjaya di dalam perniagaan dan sebagainya. Setelah kita bergembira meraikan kejayaan tersebut, pernahkah kita mengucapkan rasa syukur? Ya, sememangnya kita bersyukur. Tetapi adakah syukur kita itu sekadar dibibir atau kita merasa dengan penuh rasa keinsafan? Persoalannya ikhlaskah kita bersyukur?
Hakkikatnya memang ramai di antara kita yang bersyukur. Tetapi berapa ramai yang istiqamah di dalam melahirkan rasa syukur itu? Kita bersyukur, tetapi kita tidak menunaikan solat. Kita bersyukur, tetapi kita tidak mengeluarkan zakat kepada golongan yang berhak. Kita bersyukur tetapi kita tidak taat kepada perintahNya. Jadi apakah maknanya syukur kita itu.

Kemanisan yang kita kecapi daripada kejayaan yang dianugerahkan Yang Maha Esa juga merupakan ujian kepada hamba-hambaNya. Dia menguji kita dengan memberi limpah rahmatNya supaya kita sentiasa menjaga hati agar tidak wujud sifat sombong dan bongkak di dalam jiwa kita. Sekiranya kita tewas, kita hanya terpedaya dengan tipu daya syaitan dan hanya mengikut dorongan nafsu, walaupun kita mengucapkan rasa syukur, kerana tiada keikhlasan di dalam syukur kita itu.


No comments:

Post a Comment